Sunday, 27 November 2011

Petua mendapat pasangan

 petua yang agak baik...jom baca

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Saturday, 3 September 2011

20 tanda lelaki jatuh cinta

ASSALAMUALAIKUM

uh da lame aku xupdate blog ni...
sunyi je ase...haha...biasa la tu...
busy....busy.....n busy........ dengan RAYA la...
EXAM la...nak baca buku lagi n macam2 lagi....
so ni lah masa nye aku amik kesempatan nak share sikit tentang LELAKI...
em bace la.....



1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.





hah.! cukup la smpi sini je..


Saturday, 27 August 2011

dialek...

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

***SELAMAT HARI RAYA***
***maaf zahir dan batin***

Sunday, 14 August 2011

ayat selepas dah kahwin

assalamualaikum...
uh da lame xupdate blog ni...
kali ni aku nak cter sikit pasal orang lepas kawin laaa....
JOM BACA...! yoookkkk....hihihih




Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..



p/s : harap korang JANGAN BERkelakuan mcm perkara kat atas td taw apabila lepas kawin..huhuhu

Friday, 12 August 2011

jom baca,,best lak

‎1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja

Sunday, 7 August 2011

tips pemakaian tudung....


Ok , now , aku nak cerita sikit kat korang pasal tips Pemakaian Tudung !
Mesti Ramai Yang Suka Tips-Tips begini kan ?
Kalau tak suka pun .. "Ada aku kesahh ?" haha .
aku ni lelaki . mana pakai tudung . tips ni khas untuk kaum hawa je .
Oke , pada siapa yang suka .Baca dengan teliti ye :)

1. Janganlah pulak korang pakai tudung yang jarang , nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada korang tu ye . Tetapi , kalau korang nak pakai jugak tudung yang jarang sebab dah beli mahal berbillion kan , korang digalakkan memakai baju lengan panjang . (turtle neck) yang menutupi leher.
Itu adalah salah satu cara yang paling bagus :)

2. Make sure korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecil-kecik comel tuh tak nampak . Ianya juga memberi gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung :) Kemas .. Nampak lebih bergaya .. Ecehhh ^_^

3. Pemakaian tudung yang pelbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik . Gaya tudung ke tempat kerja tidak perlu terlalu menonjolkan rekaan corak atau bunga yang melampau-lampau ye. Isk2 .. sakit mata memandang yo . hehe.

4. Untuk nampakkan lebih berseri , korang boleh lah gayakan dengan kerongsang yang sesuai . Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Misalnya kerongsang yang disemat kan di bahagian baju menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik .

5. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak . hehe . Tapi , aku tak suka pun tengok orang prempuan pakai tudung yang bercorak-corak banyakkk sangat . biar nampak simple tapi berstyle la . hek hek :)

6. Dalam pemilihan kerongsang . korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecil. Jika tudung korang tu berwarna merah kan , pakailah kerongsang yang bewarna keemasan (gold color) , sementara tudung yang berwarna lain pula dengan kerongsang bewarna perak (silver color).

7. Bagi korang yang berbadan besar tidak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar . Jika mahu yang besar  , cari yang berbentuk panjang ok ? hehe .:)

 8. Jangan tutup bahu dengan tudung korang tu ! Nanti , badan korang akan kelihatan lebih besar . So , korang boleh lah sematkan dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tidak nampak menggelebeh. hehe :)


Selamat Mencuba :)

Sunday, 24 July 2011

main air pnye pasal layan jela....

assalamualaikum.! 


bosan2 dok uma sje jela p join aktiviti kt tman...
perrgggHhhh!
layan la jgak wlupon agak x sronok....
just program BOMBA N PENYELAMAT...
org tu mgajar cara2 nk memadam api.   (khas tok kaum suri uma ni)
tok org len pon pnting gak...
dpat la serba sdikit ilmu yang diberikan wlupon xlayan sgt...


kesian plak aq tgok dak2 tu...da la nga mkn
kne sembah ngn air bomba plak...


nseb bek dorg xnanges kne simbah...
lgi dilayan nye...
HahHAaahha....



ni la orang wt sume keje ni..



meriah la gak


(.kesian plak.)
tempat parents lepak bawah pondok pon kne gak


ni mber2 kurg lencun..msing2 tkot kne simbah air..
mcm kmbing da..hhuhu


abis padang b`lecak


xckup kt padang,dpn umah org pon jd la


orang KUAT n HARAPAN kota pu3..


pasal ngn dak ni.???buang tebiat kot


sempat posing2.hihihii 


kenangan aktiviti....



ok x???


ni la tok dalang nye...


agak kurg best la
aktiviti sikit sgat 
n`
 kurang gmbar yg menarik...
wlupon kurang best 
TAPI
masing2 msih ley tersenyum ag...


SEKIAN trimas

Sunday, 10 July 2011





 
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

1 . Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  

2 . Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

3 . Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

4 . Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

5 . Anda seorang yang istimewa dan unik.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 

6 . Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
  
7 . Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
 

8 . Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
   
9 . Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

10 . Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


11 . Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

12 . Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

13 . Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

14 . Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik
 

Saturday, 9 July 2011

nasEb...! nAsEb..!

Awal pagi lagi aku da bangun...
TETAPI.!
xsame macam bangun yang salu aku bangun
salunye jam 5.30a.m da bangun
kali ni lambat sikit
yang PENTING.!
sempat solat subuh..
bkn SUBUH GAJAH taw..huhuhuhu.....

enjin moto bunyi di awal pagi..
vRooOomMM....VrOoOOomMM...
bunyi macam moto besar je..haha...




sbenarnye moto ex5 je...huhu
Tanpa lengah aq terus b`gegas ke tmpat yang ingin ditujui...




selepas setengah jam di atas moto
lame KOWT..

smpai gak tmpat nye..
berkematu punggung stengah jam bwak moto TANPA henti...
....hahahaha....


dipendekkan lagi cter la

hari da menjelang PETANG
matahari hampir mghilang di sebalik bukit2
aq pulang ke rumah sperti biase..
nasib bek cpat smpi
yela da nk mlm plak..
TERpakse bwak moto dgan pantas...

smpai dirumah

AKU DiMARAHi


nak taw sape marah???
dia la seorang manusia yg b`gelar ABANG

disebabkan


ni hah sehelai bju..

kecoh sikit dy tu...
bengkek je ngan dy
pinjam brg org bole je.
...TAPI...
ble pnjam brg dy,kecoh 1rumah
nk wt cmne an
dy TETAP abang..
kena la terima padah walupon X sanggup..

apa yg dy ckp wat aku makan aty beb
bukan jantung taw

malam tu sampai aq sndiri x mkan
coz da tdo la...haha..

3 orang sahabat bernama Gila, Gaduh & Otak


 1 hari, Gaduh hilang,gila & otak mencari kemane mane tp xjumpe jugak..last2,diorg g la balai polis.bermule la dialog ini.

Polis: Ya encik boleh sy bantu?
Gila: Sy dtg nak cari gaduh.
Polis: Awak ni gile ke?!! (sambil menengking)
Gila: ye sy gile.
Polis: Ish awak ni xde otak ke?!!!
Gila: Otak ade tggu kat luar.
Polis: Awak ni mmg cari pasal! (menahan marah)
Gila: Sy bkn nak cari pasal,sy nak cari gaduh! kawan sy yg hilang..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...