Thursday 26 January 2012

cara-cara nak putuskan hubungan dengan sidia


Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
ada tak yang sedang membaca ni
sedang berkira2 nak putuskan hubungan dengan
sidia tapi takut2 nak meluahkan..ada???
kalau takut meh nak bagi tips..



Siapa la yang tak sakit hati bila putus cinta.
tapi kalau kita mengawal keadaan tu insyaallah
tak la sakit sangat.selain dari melenyapkan pandangan
buruk dia terhadap kita,mungkin hubungan selepas putus itu tidak la terus berakhir.mungkin lepas tu boleh jadi kawan biasa saja.ok..meh tengok cara2 nya.

yang pertama sekali cari waktu yang tepat dan bersesuaian.
dalam suasana yang tenang dan
tak de gangguan sekeliling adalah waktu yang paling sesuai..
jangan lakukan dalam keadaan tergesa2..
tenangkan diri kita dan pastikan dia jugak
dalam keadaan bersedia mendengar.

kemudian yang kedua gunakan kata2 yang halus dan sopan.
jangan sesekali mengeluarkan kata2 yang kasar
dan boleh menyebabkan dia marah.

dan yang ketiga gunakan alasan yang tepat dan logik kenapa nak putus.jangan cakap belit2 dan meninggalkan persoalan "kenapa" dalam diri sidia.jangan sesekali ucap "awak tak kan bahagia dengan saya.."atau 'awak terlalu baik untuk saya.."
itu akan buat korang masih memberi sedikit harapan pada si dia..

selamat mencuba..:)

sekian..

2 comments:

Qilah Khunnie said...

tips yang berguna . boleh try nanti . heee :)
amacam ? pernah try ka tips nih ?

Zuyyin wamozai said...

haha...pnah la gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...