Monday 28 October 2013

Tips Bangun Subuh

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal sekitar jam 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat 'Aku nak bangun pukul sekian(nyatakan waktu) kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.


Sunday 27 October 2013

Mengapa ibu menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

renung-renungkan...sekadar perkongsian =)

Tuesday 8 October 2013

jangan berulang lagi

Hari semakin gelap,kedengaran azan sudah berkumandang menunjukkan waktu maghrib dah masuk. Ramai umat islam memenuhi ruang solat di masjid untuk menunaikan kewajipan yang diperintah. Aku turut mengikuti pergerakan orang lain untuk solat jemaah bersama2 jemaah lain..
Alhamdulillah dapat ikut dengan khusyuknya..

Setelah selesai solat,ada seorang jemaah (umur lebih tua dari aku) datang kat aku sambil bertanya, "adik..boleh abang nak tumpang balik sekali?" Kebetulan aku naik kereta bersama member aku. Dalam kepala otak aku dah pikir macam-macam.

Siapa plak org ni? Mana la aku kenal.. apahal tiba2 nak tumpang aku.? Kebetulan plak aku teringat nasihat mak ayah aku "jangan sesekali tumpang orang yang tidak dikenali,bahaya..nanti tak pasal-pasal jadi macam haritu... nak ke?" Nasihat jiran aku juga aku tidak lupa "bawa kenderaan tu elok2,jangan nak main bagi tumpang orang yang tak kenal plak" Terus aku pandang orang yang mencuriga tadi.. glurrwwpp (terkeduuuuu)...

Dengan perlahan-lahan aku cuba jauhkan diri daripada dia,tapi diekori juga. Jantung aku berdegup kencang, bulu roma mula menegak, bibir mula mengucap kalimah Allah, otak mula berfikir cara nak selamatkan diri. Masa boleh menikam kita jika tak pndai gunakan..

Aku dan member aku buat slumber je. Sedang asyik bual dia datang ke kereta aku pakai. Tak sampai 10minit dia cabut radio dalam kereta tu dan menghilangkan diri tanpa kami sedar. Lpas kejadian Aku ajak member aku balik.aku tengok kat radio kereta jadi rompong. Nahh kauuu.. ternganga aku dibuatnya. Empangan air mata mula rekah, menitip perlahan. Hati kami jadi tidak menentu atas apa yang ditimpa..

Tiba-tibaaaaa....

ALLAHU AKHBAR..... ALLAHU AKHBAR.....,

Kedengaran azan berkumandangan lagi..cepatnya azan dialunkan. Mata aku terbuka.

Laaa...mimpi rupanya. Tengok jam, Azan subuh rupa. Cepat-cepat aku mengucap kalimah Allah. Pergi amik wuduk dan solat. Permainan tidur yang menakutkan. Boleh jadi cemas, berpeluh-peluh..

#sekadar perkongsian walaupon hanya mimpi. Harap xberlaku lagi. Cukup memcabar,iman perlu kuat.
Benda ni sama je yang pernah berlaku pada diri aku pada awal tahun.

#shortstory..
#pengajaran= jauhi dengan orang yang kelihatan mencurigakan,

Sekian.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...