Monday 9 December 2013

belian online

Assalamualaikum...
Ahaa..apa khabar yang membaca...?
Lama tak menaip.huuhi..
Kali ni nak story sikit pasal belian online...jom baca...

Belian shopping online..mesti ramai yang tahukan..dan ada yang rajin membeli guna online shaja..betol tak?
Oke,ramai tahu belian barangan online sekarang semakin popular dalam kalangan masyarakat.. Ianya salah satu cara jual beli mengunakan internet...kebiasaannya ada yang menggunakan website,blogger,facebook,instagram dan macam2 lagi...

Ianya memudahkan pembeli yang kurang gemar bershopping diluar sana..dengan adanya jualan online sudah memudahkan mereka membeli barang yang diinginkan dan tidak perlu bersusah payah bersesak di kawasan orang ramai untuk mendapatkan barangan..

Seperti aku..baru mula berjinak dengan jualan online ni..aku cuba beli pakaian yang dicari..tapi lain jadinya..bukan citarasa aku sebenarnya..
Yela,aku cuma nampak barangan dalam gambar,bukan dapat belek2 barangan sehingga puas rasa nak beli..

T-shirt yang aku order baru je sampai,melalui online sahaja..tapi rasa kecewa menghantui diri aku..sebab barangan tu tak dapat aku gunakan..TERpaksa lepaskan dan hulurkan kepada adik2 aku yag muat dengan baju tu..sob~sob~

Dalam kes tadi tu aku tak salahkan peniaga,dorang cuma berusaha menjual barangan mereka..janji ada permintaan,.ada bayaran,mereka akan tunaikan penghantaran..mudah kerja mereka...

Tapi bagi pembeli,mereka kena bijak memilih sesuatu barangan..tak perlu salahkan peniaga..jika barangan yang ada warranty,lagi mudah..kebiasaannya seperti barangan elektronik..barangan lain takde kot..ahhaaha...

Inilah 1 ujian dalam belian online..dugaan dalam belian online..takpe,mungkin dengan kesilapan ni,aku dapat berhati dalam memilih barangan...lepas ni,membabitkan pakaian aku TERpaksa keluar mencari sendiri pakaian yang sesuai..

Tapi kalau barangan lain,insyaAllah ada usaha nak beli online,agak malas nak cari diluar..tu pon kalau payah nak cari laa...hehehe...

Oke,taknak bebel panjang2 dah...kepada peneroka dan pembaca entry blog ni yg dah habis baca entry,semoga dapat buat pilihan bijak dan memuaskan diri anda...hanya sekadar nasihat dan perkongsian hari ini....

#sekian

2 comments:

Anonymous said...

xpelaaa..xde.rezki...hohooo.tp degil...hhahha

Zuyyin wamozai said...

Hahaha..iyola...lepas ni xbuat dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...