Monday 9 December 2013

belian online

Assalamualaikum...
Ahaa..apa khabar yang membaca...?
Lama tak menaip.huuhi..
Kali ni nak story sikit pasal belian online...jom baca...

Belian shopping online..mesti ramai yang tahukan..dan ada yang rajin membeli guna online shaja..betol tak?
Oke,ramai tahu belian barangan online sekarang semakin popular dalam kalangan masyarakat.. Ianya salah satu cara jual beli mengunakan internet...kebiasaannya ada yang menggunakan website,blogger,facebook,instagram dan macam2 lagi...

Ianya memudahkan pembeli yang kurang gemar bershopping diluar sana..dengan adanya jualan online sudah memudahkan mereka membeli barang yang diinginkan dan tidak perlu bersusah payah bersesak di kawasan orang ramai untuk mendapatkan barangan..

Seperti aku..baru mula berjinak dengan jualan online ni..aku cuba beli pakaian yang dicari..tapi lain jadinya..bukan citarasa aku sebenarnya..
Yela,aku cuma nampak barangan dalam gambar,bukan dapat belek2 barangan sehingga puas rasa nak beli..

T-shirt yang aku order baru je sampai,melalui online sahaja..tapi rasa kecewa menghantui diri aku..sebab barangan tu tak dapat aku gunakan..TERpaksa lepaskan dan hulurkan kepada adik2 aku yag muat dengan baju tu..sob~sob~

Dalam kes tadi tu aku tak salahkan peniaga,dorang cuma berusaha menjual barangan mereka..janji ada permintaan,.ada bayaran,mereka akan tunaikan penghantaran..mudah kerja mereka...

Tapi bagi pembeli,mereka kena bijak memilih sesuatu barangan..tak perlu salahkan peniaga..jika barangan yang ada warranty,lagi mudah..kebiasaannya seperti barangan elektronik..barangan lain takde kot..ahhaaha...

Inilah 1 ujian dalam belian online..dugaan dalam belian online..takpe,mungkin dengan kesilapan ni,aku dapat berhati dalam memilih barangan...lepas ni,membabitkan pakaian aku TERpaksa keluar mencari sendiri pakaian yang sesuai..

Tapi kalau barangan lain,insyaAllah ada usaha nak beli online,agak malas nak cari diluar..tu pon kalau payah nak cari laa...hehehe...

Oke,taknak bebel panjang2 dah...kepada peneroka dan pembaca entry blog ni yg dah habis baca entry,semoga dapat buat pilihan bijak dan memuaskan diri anda...hanya sekadar nasihat dan perkongsian hari ini....

#sekian

Monday 18 November 2013

kerana "MAAF"

Assalamualaikum..
Harap yang membaca entry ni sihat sejahtera...

Mood tak cantik,fikiran melayang-layang..duduk atas kerusi malas di bawah kipas,mencari angin tenang...

Entry kali ni nak cerita sempoi2 jela..mood rosak plak..tapi nak taip jugak.
Janji dapat menaip.

Aku ni manusia biasa,tidak dicipta dengan sempurna,.mempunyai kekurangan,memiliki kelebihan,.kadang kala berguna,kadang kala dihina..
Aku hanya insan yang lemah..Memerlukan sokongan,bukan tindasan..bangkit mencari semangat,mengelak dari rebah ke muka bumi..
Aku memiliki perasaan..memerlukan kasih sayang..walaupon dapat tidak besar mana,tetap perlu mensyukuri kepada yang memberi..
Aku adalah manusia yang memiliki serba kekurangan,kelihatan jelas..kadang kala dipijak tanpa disedari,bukan kerana lalai,tetapi sering lupa..
Aku mempunyai agama,berdoa kepada-Nya meminta pertolongan,meminta bantuan..sering aku lakukan..

Jangan berprilaku begini..

Sob~ sobbbb~........
Maafkan aku...sumuanya salah aku,aku sering melakukan kesilapan yang sama tanpa aku sedari..yea!memang aku tahu perkara tersebut...tapi jangan penat lelah menasihati aku..

Aku tahu
Aku degil..
Aku nakal...
Aku keras kepala...
Aku malas..
Aku lupa..
Aku sering buat silap..,

Dunia begitu kejam..nasib Allah maha adil..ada kalanya,orang cari pasal dengan aku,kadang2 sampai menoreh hati aku,memang aku marah..tapi dengan cepat aku maafkan..supaya orang tak buat salah dengan aku..tapi bila aku yang minta maaf atas kesilapan aku,mengapa sukar orang lain nak menerima kemaafan aku..

Adakah tidak bernilai sudah kemaafan yang diminta.?kemana pergi keadilannya...?inikah balasannya?
Wallahu alam....

Sunday 10 November 2013

"Bila Aku Terasa....."

Bersandar di kerusi usang.Pandangan menghala ke dinding putih..hampir-hampir menembusi dinding konkrit.jauh kedalam pandangannya.ahaha.sampai tidak sedar kehadiran orang lalu lalang disekeliling..

"Hoi! Kau menung apa tu,?maih buat kerja nih.." terus disapa rakan..

Pandangan hampir menembusi dinding tadi,terus hilang akibat tersentak mencari suara panggilan secara mengejut..

"Adoi..buat kerja laaa ni..tak boleh tengok orang senang la kau ni.hmm" keluh alasan penat...

"Haa..buat kerja..jangan asyik menung je,camtu aku pon nak jgak la.." sindiran gurauan...

Sedang asyik buat kerja,tiba-tiba rasa sakit dada,seolah-olah sukar bernafas,menekan-nekan dada untuk cuba bernafas..

"Pahal plak ni,aku takde semput lelah pon" bisik dalam hati sambil cuba bernafas..

Mencari bidadari tersayang (cewaahhh),beritahu payah bernafas..mengidam makan aiskrim..

(Haaa...mang cari pasal je badan ni.teringin nak makan aiskrim..dah la sejuk..susah nak bernafas..pergi cari pula aiskrim yang sejuk beku tu..)

Terkejut si bidadariku..

"Ishh awak ni kan,takde bende lain ke nak cari untuk dimakan?ubat ke...ini ditenyehnya aiskrim plak..taw tak sejuk.." ujar bidadariku...

"Hum saya taw sesak nafas tak elok makan aiskrim.tapi terasa nak makan jgak..jom teman saya beli aiskrim" pujuk manje..

"Ish dia ni,ngadenyaa.,jom la,belanje saya jgak ea " ujarnya

Mak aihhh,tengok tu,sebenarnya siapa yang nak makan ni?ahaha.. dia pon nak makan jgak..nmpak tak excitednya dia..aku taw dia suka aiskrim.hanya tersenyum tengok gelagat nakal dia jela..
Aiskrim pon dah habis telan....

"Alhamdulillah,lega sikit rasanya bile pekena aiskrim tadi" hela nafas lega..
Dia jadi garu kepala tengok perangai aku...

nampak aneh sangat plak..orang rasa sesak nafas makan ubat gas lelah,xpon makan ubat telan..yang aku ni pergi cari aiskrim,bukan cari ubat..bagi aku,tu lah ubat aku..ahaha..i'm simple,not leceh2.. =)

#cerita ini hanya sekadar perkongsian..
#Baru nak belajar cari mencari idea menulis utk jadi penulis (niat dah ada)hehehe
#cerita kami sahaja,.
#maaf ada kekurangan
#short story
#sekian

Monday 28 October 2013

Tips Bangun Subuh

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal sekitar jam 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat 'Aku nak bangun pukul sekian(nyatakan waktu) kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.


Sunday 27 October 2013

Mengapa ibu menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

renung-renungkan...sekadar perkongsian =)

Tuesday 8 October 2013

jangan berulang lagi

Hari semakin gelap,kedengaran azan sudah berkumandang menunjukkan waktu maghrib dah masuk. Ramai umat islam memenuhi ruang solat di masjid untuk menunaikan kewajipan yang diperintah. Aku turut mengikuti pergerakan orang lain untuk solat jemaah bersama2 jemaah lain..
Alhamdulillah dapat ikut dengan khusyuknya..

Setelah selesai solat,ada seorang jemaah (umur lebih tua dari aku) datang kat aku sambil bertanya, "adik..boleh abang nak tumpang balik sekali?" Kebetulan aku naik kereta bersama member aku. Dalam kepala otak aku dah pikir macam-macam.

Siapa plak org ni? Mana la aku kenal.. apahal tiba2 nak tumpang aku.? Kebetulan plak aku teringat nasihat mak ayah aku "jangan sesekali tumpang orang yang tidak dikenali,bahaya..nanti tak pasal-pasal jadi macam haritu... nak ke?" Nasihat jiran aku juga aku tidak lupa "bawa kenderaan tu elok2,jangan nak main bagi tumpang orang yang tak kenal plak" Terus aku pandang orang yang mencuriga tadi.. glurrwwpp (terkeduuuuu)...

Dengan perlahan-lahan aku cuba jauhkan diri daripada dia,tapi diekori juga. Jantung aku berdegup kencang, bulu roma mula menegak, bibir mula mengucap kalimah Allah, otak mula berfikir cara nak selamatkan diri. Masa boleh menikam kita jika tak pndai gunakan..

Aku dan member aku buat slumber je. Sedang asyik bual dia datang ke kereta aku pakai. Tak sampai 10minit dia cabut radio dalam kereta tu dan menghilangkan diri tanpa kami sedar. Lpas kejadian Aku ajak member aku balik.aku tengok kat radio kereta jadi rompong. Nahh kauuu.. ternganga aku dibuatnya. Empangan air mata mula rekah, menitip perlahan. Hati kami jadi tidak menentu atas apa yang ditimpa..

Tiba-tibaaaaa....

ALLAHU AKHBAR..... ALLAHU AKHBAR.....,

Kedengaran azan berkumandangan lagi..cepatnya azan dialunkan. Mata aku terbuka.

Laaa...mimpi rupanya. Tengok jam, Azan subuh rupa. Cepat-cepat aku mengucap kalimah Allah. Pergi amik wuduk dan solat. Permainan tidur yang menakutkan. Boleh jadi cemas, berpeluh-peluh..

#sekadar perkongsian walaupon hanya mimpi. Harap xberlaku lagi. Cukup memcabar,iman perlu kuat.
Benda ni sama je yang pernah berlaku pada diri aku pada awal tahun.

#shortstory..
#pengajaran= jauhi dengan orang yang kelihatan mencurigakan,

Sekian.....

Tuesday 17 September 2013

sakitnya :(

Assalamualaikum..
Tiba-tiba rasa nak menaip tengah2 malam gini..
Nak tidur pon payah..baru baring dah payah nak bernafas..subahanallah..perit sungguh..jam dah menunjukkan pukul 1.30a.m..mak aii..biasa waktu ni aku dah lena tidur..tapi kali ni,agak susah nak lelapkan mata untuk tidur..

Hanya Allah je taw betapa peritnya diri aku merasai semua ini..orang lain kat rumah ni semua dah bantai tidur nyenyak..tapi aku..masih duduk di atas tilam terjaga..menung sorang2..menahan sakit badan..empangan air mata tunggu masa untuk pecah je..

Mata aku masih celik lagi..tapi badan dah lesu..xlarat sangat..
Dah la kena marah dengan orang TERSAYANG..malam2 gi jaming balik lambat..kan dah tak pasal2 kena sound setepek..sabar jela wahai hati,wahai diri,wahai nafsu..jangan salahkan orang lain..semua datang dari sendiri..cuma nak atau taknak je..

Sakit ini datang dari Allah..jangan pernah mengeluh wahai badan..orang kata,sakit ni bagi nak hapus dosa..betul ke?kadang aku iyea kan ajee..mungkin betul la..mana la taw aku ada wat dosa yang aku xsedar..ni la hasilnya..wahai badan,ni la naseb yan perlu kau lalui..

Mohon maaf jika ada sesiapa yang pernah aku buat jahat samada sedar,mahupon tak sedar..aku rasa terseksa sangat..perlukan rehat yang secukupnya..mata dah mula merah,badan dah mula layu,kenapa masih xdapat tidur ni..

Seronoknya bila tengok orang lain dapat tidur dengan selesanya..tanpa ada ganggu..malah siap buat ganggu kat orang lain (berdengkur),..ahaha..yang ni no coment ler..

Ya Allah,kau permudahkanlah segala urusanku di dunia ni..dan bawalah aku menuju ke jalanmu yang benar,jauhi aku dari perkara2 yang engkau murkai..kau lindungi la dari segala perkara yang tidak diingini..

Oke la..sebenarnya ni just short story di pagi hari,walaupon di luar masih gelap,waktu tengah tidur...hehe

Sekian

Monday 16 September 2013

aku dan dia sebenarnya...

assalamualaikum


Sembang-sembang kali ni,nak cerita santai-santai jela..baru seronok orang nak bace..terutama si dia yang sepet..penulisan yang santai buat ada sesetengah orang minat membaca walaupon panjang lebar.so aku pon minat jgak pnulisan santai,tiada 'stress'..orang yang tengah 'stress' pon kemungkinan besar bole bertukar jadi senyuman bila membaca,.story yang berfaedah la..bukan yang boleh bikinnnn oanasssss..ahaha..tak caya,?cuba la..hehehe

Perkenalan yang singkat telah mengikatkan antara aku dan dia..kita hanya merangcang tetapi Allah yang menentukan semuanya..alhamdulillah jika ini jodoh pertemuannyanya..
Perkenalan antara kami tak sampai setahun..
Dari hari ke hari,masa memakan masa.tup tap tup tap..dia dah jadi tunang aku..alhamdulillah.harap dapat bersama dengan dia selamanya..sekarang waktu merancang strategi seterusnya..sesi sah sah sah..hehehee...

Flashbackkisahsebelumnya

1st aku jumpa dia sewaktu selepas seminggu dia masuk practicle di ofis aku keje..
Bila melihat aku jadi berdebar2..walaupon hakikatnya muka dia agak kereekkk/sombong la kan waktu tu..ahaaa..ada aku kesah?i like..kami bersembang..wahh!dia sungguh spoting maa..mudah bersembang2..
Stelah sebulan kenal,aku mula syg kat dia.tapi hubungan kami tetap status kawan tapi mesra..sehingga kami melangsungkan pertunangan..hoho.
Dalam pikiran aku,sentiasa pikir dia,mau jaga dia..huuu rasa bahagia..cewwahhh..ahaahaa.

Dah xreti nak cerita cmne lagi..haha..yg penting aku masih bahagia dan setia ngan dia..
Sayang awak sepet...
Aku dan dia sebenarnya sebelum ni hanya kawan..tiada status couple meng-couple..berkawan lagi bahagia dari bercouple..skrg kami mula kenal mengenali antara 1 sama lagi..masa untuk couple diwaktu tunang..aku mahu bercinta lepas kawin..nak jaga,lindungi,bimbing dah buat apa saja untuk dia.nak dia sentiasa tersenyum bersama aku...

Sekian


Monday 2 September 2013

mengira sampai demam

Assalamualaikum

Alhamdulillah walaupon di beri kesakitan tubuh badan,tapi aku masih bersyukur kerana aku masih di beri peluang hidup bernafas di muka bumi khayalan ini..
Kenyataan di akhirat nanti..
Banyakkan beramal, berdoa kepada-Nya, berzikir, berselawat dan ibadah-ibadah..insyallah mendapat keberkatan hidup dari-Nya..

Sekian tazkirah pendek dari saya..hehe

Kira benda apa sampai demam ni en.abg uiii..
Agak2 lah kan,bende apa yg kira bole smpai demam ni ea.?
erm kira berapa byk air hujan jatuh?
Atau
Kira berapa banyak daun yang berguguran di muka bumi ini?
Ataupon
Mengira kerja matematik yang cikgu sekolah bagi?
#sekolah pon dah habis

Hem..semua tu tak kena...
Aku tengah mengira masa waktu..kan payah tu..perlu ada kesabaran dalam hidup..
Bersabar dan terus bersabar..

Empangan kerinduan nyaris pecah.perlu bertahan agar dapat ditangani..hanya hati yamg mengetahui apa yang dirasai..subhanallah..
Sampai nak demam mengira waktu kpulangan si dia.
kerisauan sentiasa membelenggui otak fikiran ku..hanya doa keselamatan diri dia sahaja dapat ku hantar pada nya..
Semoga Allah melindungi dia dari segala bencana and memberi kesihatan tubuh..

Daku dalam kesakitan itu takpe,jnji kau sntiasa dalam keadaan baik..aku akan lindungi kau sebaik mgkin..insyallah dengan izin Allah..


Kunfayakun
Kalau Dia kata jadi,maka jadilah ia..

Sekian

Wednesday 28 August 2013

baru 2 hari

Assalamualaikum..

Aku rindukan kau wahai bidadari.
Hanya kau dalam hati aku.
Kau buah hatiku..
Ecceewaaahhh..hehehe



Maaf berdrama sat ni..hehe..panaskan jari,renggang-renggankan urat2 di kepala..mengatur langkah,menjaga posisi..luaskan pemikiran..

Alhamdulillah... * hela nafas panjang..

Apa tetiba baru 2 hari ea.?ahaaa..hehe..
Gurau skali lagi..hoho..

Erm rindukan bidadariku yang berada di perantauan negeri orang..bukan negara orang taw..masih di Malaysia..
Biar pon kau jauh mana pon,aku tetap akan mengirimkan doa buatmu supaya kau berada dlm keadaan shat selalu dan selamat..
Kerinduan terhadap kau semakin tebal,padat,nyaris terkoyak..uhuu..harap kau juga begitu..hehe..betol tak??

Eh jap2.rasa macam kasar plak AKU KAU..mesej ni untuk dia baca..mau terasa plak hati dia..sayang....sorry ea...

Oke2..sambung story...
Hari ni baru 2 hari tak jumpa awak wahai cik tunang ku..kena tunggu lagi,lagiii...hum berapa hari ea..haa..7hari ++ tak dapat jumpa jenguk senyuman tiap pagi..

P/s : Bukan tak jumpa means dah tiada ea..faham2 la ea..bersengkang muka je..face to face..

Biasanya jumpa pagi2,doa bersama2 warga staff ofis..nmpak senyuman nya di pagi hati..
Waaaaahhhhh.!!
Gembiranya hatiku,rasa nak meloncat2 je taw, awak..
Sebenarnya xtaw nak story yang mana 1,.banyak sgt..sampai pening + sakit kepala nk story..kurang sihat..xde idea..so merepek sana sini jela...

Xpela..walaupon xdapat menaip dengan sempurna,tapi rasa puas jgak dpt menaip..huh..bukan senang...

Adoii..sakitnya kepalaa...
Erm awak yang di sana,jaga diri,jaga kesihatan..saya taw awak baca blog ni...so saya just nk pesan2..humm

Jangan lupa solat ea..

Nota dari en.tunang..
Sekian...

Saturday 24 August 2013

14.08.2013 (e-day)

Assalamulaikum..
Ahaa..dah lama xmeng-update blog..hoho..
Biasalah..mood rasa TERkembang lebih2 plak,,,hehe...
Erm just nk kongsi2 isu diriku terkini..
Cewaaahhh...exciteddddnya aku nak cerita ea..heheh

Erm tahun ni,raya bole la tahan..
Xsehebat tahun sebelum2 ni..
PerRhhhhhh meriah sgt,..xtaw la kenapa tahun ni macam krikk krikk je,...ahaha...
Sedih pon ada..dah la duet raya pon xdapat..kata nak tunang kan..humm,.,
sengeh je mampu aku lemparkan... :P

Aku tunang.??!
Waaahh..cm xcaya je...haha..tu dipanggil rezeki + jodoh..
Minta2 la smpai ke hujung hayat..
Alhamdulillah..amin..
Ramai yg terkejut dengan khabar yg tersebar..ahaha..
Maaf kpada semua,exspecially utk sahabat2 TERrapat..
Bukan xnak jmput kalian..cuma buat kecil-kecilan sahaja..kang dah ckp,kena jmput plak kan..humm.
xsedap la cmtu..kawin nnti sy jmput ea..
Alololoooo...ahahahahaa...
majlis yg simple,tapi meriah..itu yang aku mahu...

perbincangan antara pihak lelaki n pihak perempuan

gadis idaman ku..eh cewwaaahhhh

barang hantaran pihak perempuan

bersama ateh...tengok tu..spoting habis laaa..ahaha

tepak sirih

cincin tunang
cincin belah rotan

bersama atok dan awe...sweet woo...hhehehe

5 balas 7..so simple

jamuan makan-makan lepas majlis

nmpak x,1 kemah je..kalau aku ajak ramai2,xmuat dlm kemah..
makan bersila atas batu jela..ahaha

we are family...


Simple je kan majlisnya..
Xkn nk ajak ramai2..malu aku..ahaha..xdela..gurau je eaa....
Kepada yg bujang2 tu,masih muda,cepat2 la ikat hbungan..
samada tunang dulu ke,xpon terus kawin je..;agi senang..
Ahaa..nak ingatkan,NO COUPLE-COUPLE  ea..
Buruk mata memandang.,
Nak indah,cari yg sah dan halal..
aku pon tgah tgu yang halal..xsabarnyaaaaa....ahahahaha..

Apa lagi..xkn tengok2 je..
Jalaaannnnn..hehehe..
10 hari yang lepas dilangsungkan...
bru nak update/..huhu..kire oke la kan..
kongsi serba sedikit sebanyak yg boleh dikongsikan..hihi

sekian

Sunday 11 August 2013

selamat hari raya...

assalamualaikum semua...
hye2...kembali menaip di pagi raya keempat...ahaha...
lama xmenaip...kesian2...sebok nak raya....
huhuh...oke la...dripada biar berhabuk blog aku ni,saje nak kecoh-kecoh raya kat sini la...
dihari raya tahun ni....di kampung kutan tengah wakaf bharu kelantan... =)


raya pertama
8.ogos.2013
di pagi raya...berpusu ke masjid penuhkan ruang solat utk solat hari raya...

mula ziarah rumah sedara mara

jamah makan

raya kedua
9.ogos.2013

mula bergerak ke sempadangan antara rantau panjang kelantan dan thailand,utk pergi beli barangalhamdulillah perjalan pergi sgt lancar...orang pergi raya sakan lagi la tuu...tapi waktu balik dari shopping...hmm mang jem panjang la jawabnya...







singgah solat...masjid seakan2 rupa tokong cina...jangan salah pandang...ni masjid ok...










oke la...sekejap je ada kat kelantan...sgt gembira...
sekian terima kasih...
selamat hari raya kepada semua kaum kerabat islam yg menyambut raya aidilfitri ini...

jauh perjalanan ,
luas permandangan....

Sunday 21 July 2013

wanita memang suka cakap TERbalik

ASSALAMUALAIKUM =)
perkongsian buat semua..ditujukan kepada yang dah kawin la...tapi yg belum kawin (bujang) ,yang dah nak melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat pon boleh boleh la belajar serba sedikit mengenai kehidupan yang romantik bila jadi yang halal... =) ahaha maiihhh terjah noh..

**Wanita memang suka cakap terbalik,
Kita sebagai seorang lelaki kenalah faham apa maksud tersirat mereka
**lelaki yang faham apa kata mereka (perempuan) akan dianggap seorang yang romantik <3

Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”.

Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. 

Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.
Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. 

Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. 

Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu.

Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. 

Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. 

Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar.

Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. 

Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoran yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini.

Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya.

Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.

1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.

2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.

3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. 

Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,

1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.

2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.

3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.

4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,

1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.

2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Selamat mencuba.
-----------------------------------------------------

sekadar perkongsian isu rumahtangga =)

*sekian terimas*

Friday 19 July 2013

manusia.?? syaitan.??

ASSALAMUALAIKUM.. =)

alhamdulillah hari dah puasa ke-10 bersamaan 10ramadhan 1434H

masih diberi bernafas pada hari ini...
entry kali ni nak cerita pasal manusia dan syaitan.
apa kaitan semua ni..hurm...
manusia ada banyak perangai..kadang2 ada yg kejam macam manusia makan manusia like taliban..ada jgak manusia bertopengkan setan..aik.??
nmpak tak ?betapa teruknya perangai manusia yg nak jadi setan tu..
dah la setan pon terok..sbb mereka dicipta oleh api,sentiasa nak hasut manusia terus menerus terpesong daripada ajaran agama islam,tak sujud pada Allah...
setan oh setan...xpernah kenal erti penat lelah,menghasut dan menghasut..tapi manusi,bila dah failed je,mengeluh,terus mengalah nak usahakan...masyallah..berubahlah wahai manusia...terus maju utk islam...heehehe...
nasihat aku,jaga lah iman korang supaya sukar dihasuti oleh penghasut2 dilaknat oleh Allah..jangan mudah terikut perkara yg buruk...carilah kebaikan..kebaikan membawa kesempurnaan hidup,pahala pon dpat,..bkn susah pon kan...islam itu mudah,jangan persusahkan... =)

yeeaaahhhh!!!!

macam dah merapu je aku ni...heeheheee...lari entry...yeke.??xpela,jnji ada kaitan manusia dan setan cukup la ea...sory..aku tak sihat sangat...so menaip mengikut naluri,bkn hasutan syaitan ea...hehe..


sebenarnya aku just nak kongsi sedikit pasal buku koleksi godaan syaitan hasil ciptaan ..
pakcik bad (click) penulis buku komik godaan syaitan


             
!
!
!
(kongsi gambar)
!

 
antara koleksi-koleksi buku godaan syaitan siri 1-12
dapatkan sekarang...macam2 cerita ada...harga senaskah RM5.50 sahaja..
nampak tak promote habis buku ni...hehe...
kepada yg belum masih dapatkan lagi boleh terus dapatkan di galeri ilmu media group (GIMG) (click)

daripada buku tersebut,kitorang sempat la jgak buat rakaman suara utk adik semua,yg pernah disiarkan di IKIM.FM...yang diketuai oleh paen n crew 
mesti ramai yg tak tahu kan.??
xpela2...kat youtube ada...
tapi jgn risau,aku sempat upload and nak share 1 video dari rakaman suara yg pernah disiarkan....


saksikan...



video komik godaan syaitan : ish kenapa banyak tanya ni.?
terbitan : galeriilmu
facebook :galeri ilmu sdn bhd 
watak : staff galeri ilmu..
incharge : paen & aqilah
syaitan kurus : fitri
syaitan gemok : zaiyad
watak lain : ilham, hanan, suriati, waseqah dan yg terlibat....(sory xingat semua)

sampai sini je kot aku nak bebel utk hari ini...
selamat berpuasa semua...jgn ponteng2 puasa...syaitan kan dah kena ikat...
uhuhuhu...semoga terhibur.....

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...