Ramai
di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan
solat Subuh di awal waktu.
Masalah
ini terjadi atas beberapa sebab antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat
dan perasaan malas.
Berikut
adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi
masalah ini :
1.
Tidur awal sekitar jam 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2.
Ambil wuduk sebelum tidur.
3.
Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4.
Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5.
Pasangkan niat 'Aku nak bangun pukul sekian(nyatakan waktu) kerana Allah.'
6.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
7.
Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8.
Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia
berkualiti.
10.
Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin
minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk
bangun!
Panduan di atas
memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya
kita MAHU.