Tuesday, 13 March 2012

rahsia warna

Assalamualaikum.....
kali ni aku nak sembang sikit mengenai WARNA...

Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?



Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.
-------------------------------------------------------------------------------
Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang  yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
-------------------------------------------------------------------------------
Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.
--------------------------------------------------------------------------------
Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai  mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.
---------------------------------------------------------------------------------
Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.
---------------------------------------------------------------------------------
Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.
---------------------------------------------------------------------------------
Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.  

----------------------------------------------------------------------------------


#menilai la sendiri 

SEKIAN

Monday, 12 March 2012

Wahai Sahabat, Janganlah Bersedih!


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
05.Jangan Bersedih... Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
07.Jangan Bersedih... Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
08.Jangan Bersedih... Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
09.Jangan Bersedih... Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi..


#sekian

sekian lama hilang

salam..

fuhhh.!fuhh...!
abis berhabuk blog aq xdisentuh..
uh da lame gak tak dapat update blog ni...
biasa la nga sibuk nga kerja je...
ksian plak ngan blog aq ni..da lame x kecoh2 dlam blog..
asyk fb jela...huhu..
lpas ni kne lbih prihatin ngan dy ni...

#sy tak akan abaikan awak lagi wahai blog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...