Saturday, 9 June 2012

Air Mata Tidak Selamanya Abadi


~ASSALAMUALAIKUM~



Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekaan atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.


~sekian~
wanza

Sunday, 27 May 2012

sayang sekali.!

Assalamualaikum....

ok firstly aq mang sayang semua...
k tutup cter pasal aq yg syg...


wallaaa....
aku sgt bertrima kasih pada gadis yg salu pggil aku syg...
SAYANG??? OMG..!
setiap kali ko msej aku msti ada ucapan sayang...
mcm ni... `morning syg` ... `gudnite syg`...
ok...ok....ok....
aku boleh lagi hargai ucapan tu...
tapi bile dia tanye `suka x bila dpanggil sayang`..
aq jadi xpuas aty ngan soalan dia
ofcoz la aku main psiko budak uh....
hahahaha...betapa jahatnya la perangai aku...
bila ditanya balek sayang berisi atau kosong...
maksud lagi `pggil syg atas sebab sayang atau sekadar suka-suka`
xdpat plak nak jwab
bengang je minah uh
apa sume ni.??
gagap ko nak menjawab soklan aq...
huh...!          =,=`
kalau jujur je terus terang sje nak pggil syg...
aq ley trima la...
just nak tgok kejujuran ko jela ngek...
ni cuba main putar belit ayat..
syg sekali...aq xsebodoh yang ko sgkakan...

SEKIAN
P/S : ucapan syg ko bagai berharga...tapi bagi aq tidak...atas sebab2 tertentu....

Friday, 11 May 2012

kekeliruan sebentar

Assalamualaikum...


Keliru??ap kes ni.?
cpe yg terkeliru ni??haha
aq? kau? dia? atau tetttt (No Coment)....
hahaha...

erm ni satu kes kekeliruan yg berlaku terhadap nama yg sering dipanggil...
erm nama spe la yg sering dipanggil smpai jdi kekeliruan terhadap si pemanggil ni..?
msti ler nama aq..and then adik aq

cam mana ler boley jdi keliru ea?
sdangkan nama aq ngan adik aq jaoh sgt...
nama AJWAD and ZAIYAD

kan jao beza uh nama kitorg...
A - Z.....pangkal ngan penghujung uh...
mne ad dekat...

tu ler mnjadi persoalan skunk ni...
nak kata kembar xde ler plak..sbab umur pon berbeza2.abg adik lak uh
..jao staon je...
adoyai...
poning palo den...huhu..
nak buat mcm manakan...
nseb ko ler ...hahahahahaha


 
** aq salu mgharapkan sume pemanggil tu pggil la nme yg btol ea...
jgn slah org lak...kang wat malu je...huhu
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...