Thursday, 27 December 2012

Tip Cari Sahabat Yang TERbaik!

assalamualaikum :)

taip, menaip, tertaip, ditaip, penaip...
haha...terbaiklah...

SAHABAT memang penting dalam kehidupan kerana dengan adanya mereka,seseorang itu boleh meluahkan atau berkongsi segala sesah senang bersama. Namun bagaimana nak cari sahabat yang terbaik ea.??ingin tahu..jom baca entry ni...

Pertama
Sebolehnya kamu pilihlah sahabat yang boleh melindungi kamu daripada sebarang kemungkinan. Tidak kiralah sewaktu kamu susah mahupun senang, asalkan dia tetap bersama kamu. Inilah sahabat terbaik buat kamu. Dialah pelengkap hidupmu sementara.

Kedua
Untuk mencari sahabat terbaik, carilah sahabat yang boleh menerima bantuan dan pertolonganmu dengan senang hati. Walaupun wujud perselisihan antara kalian namun dia tetap meneruskan persahabatan dan menutupi segala keburukanmu daripada pandangan mata orang lain.

Ketiga
Pilihlah sahabat yang boleh menghulurkan bantuan ketika kamu memerlukannya malah sanggup berhadapan dengan pelbagai kemungkinan bersama kamu, Sekiranya kamu sakit atau lapar,dia turut jua merasainya. Alangkah hebatnya teman seperti ini.

Keempat
Ketika kamu berdiam diri, dia tdak sesekali membiarkan kamu keseorangan diri malah dia akan menghiburkan dirimu dan mengembalikan senyuman itu di wajahmu. Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh meringankan beban yang terpaksa dilalui oleh teman baiknya.

Kelima
Carilah sahabat yang mempunyai akhlak dan keperibadian mulia. Sahabat seperti ini tdak sesekali mengajak kamu untuk melakukan keburukan sebaliknya membimbing kamu ke arah kebaikan. Perubahan yang berlaku pada diri kamu sendiri berpunca daripada nasihat dan teguran sehabat sejati ini.


inilah cara nak pilih seorang sahabat yang terbaik buat korang...semoga entry ni serba sedikit dapat membantu korang cari sahabat yang terbaik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...