Saturday 25 January 2014

sekadar coretan

Bismillahi rahmanirrahim...
Moga Allah permudahkan urusan kita semua... =)

Yang hitam tidak semesti kotor..
Yang putih pula tidak semestinya bersih..

Bila dentuman petir dipanah seram..
Bergegar jantung yang bergerak perlahan..
Suasana jadi muram,jadi kelam..
Kehadiran hujan datang tanpa undangan..

Ombak memukul pantai berhari-hari...
Tanpa mengira jantina mahupon usia...
Torehan terpalit,siapa yang sedari...
Doa pada Ilahi dari seorang hamba..

Empangan pecah,punca dicari..
Melimpah air jatuh ke muka bumi..
Mengingat Ilahi sebagai muhasabah diri..
Moga kuat dengan bantuan diberi..

Aku hanya hamba yang hina..

Malam yang sunyi gelap gelita..
Bersendirian melayang hingga ke awangan..
Mencari ubat penawar luka..
Berterbangan ke sana sini penuh gangguan..

Indahnya bila hidup seperti di syurga..

Tersentak aku dalam kegelapan...
Cintaku hanya padamu yang satu..
Kerinduan terurai melapangkan jiwa..
Dipenuhi rasa kasih dan sayang padamu....

Jangan disangka hati yang keras,tiada lembutnya..
Jangan disangka air yang tenang,tiada buaya...

Sedarlah...
Yang JAUH itu adalah KISAH SILAM..
Yang DEKAT itu adalah KEMATIAN..
Yang BERAT itu adalah AMANAH..
Yang RINGAN itu adalah TINGGALKAN SOLAT..
Yang BESAR itu adalah NAFSU..
Yang TAJAM itu adalah LISAN..

Wahai Tuhan, kami hamba kerdil yang lemah....
Kau lindungilah kami,
Tunjukkan kami jalan-Mu..

Hidup ni bagikan roda..kadangkala kita berada diatas,kadangkala jua kita berada dibawah...
Jangan pernah menyesal lalui liku rintangan..
Itu semuanya dugaan....
Alangkah seronoknya sentiasa bahagia,tapi dalam bahagia itu pasti ada dukanya...

Hanya pada-Mu kami memohon..
Hanya pada-Mu kami meminta..
kerana
Hanya Kamu yang maha mendengar...




 *sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...