Tuesday, 22 January 2013

DI SAMUN.?

Assalamualaikum...

ketagih menaip lama terpendem...
ahaaa...bru la dapat menaip...heheheee...

alhamdulillah masih diberi kesempatan menaip di entry ini...
smile always :)

inilah pengalaman hidup paling perit..apabila hak kita ,orang lain ambil begitu je...betul kan...?
erm baru2 ni aku disamun..habis semua harta aku pergi begitu sahaja...
hanya TERgamam melihat kejadian tersebut...
bila dah berlaku, barulah kesedaran dalm diri muncul...
" apa salah aku pada dia.? kenapa aku jadi mangsa.? adakah aku musuh dia.? ya Allah, aku mohon maaf kepadamu...~besar sungguh dugaan-Mu... Bla..bLa...BLa....bLa...."
macam-macam yang terlintas dalm fikiran sehingga hati rasa TERluka...

habis harta aku seperti handphone 2biji, i/c, lesen, kad bank dia bawak pergi...paling pedih, dia ambil motor kesayangan aku...tu jela kenderaan yg aku buat pergi cari rezeki...
laporan polis pon dah dibuat...
harapan nak dapat semula mgkin tipis...
(ni laporan yang dibuat)


(motor kesyangan yg hilang)


"ya Allah..kuatkanlah semangat aku,tunjukkan jalan-Mu yg lurus ya Allah... "

hanya doa je mampu kuatkan aku hadapi dugaan ini...

kau berilah pembalasan yg setimpal kepada manusia sebegitu... :(

Thursday, 27 December 2012

Tip Cari Sahabat Yang TERbaik!

assalamualaikum :)

taip, menaip, tertaip, ditaip, penaip...
haha...terbaiklah...

SAHABAT memang penting dalam kehidupan kerana dengan adanya mereka,seseorang itu boleh meluahkan atau berkongsi segala sesah senang bersama. Namun bagaimana nak cari sahabat yang terbaik ea.??ingin tahu..jom baca entry ni...

Pertama
Sebolehnya kamu pilihlah sahabat yang boleh melindungi kamu daripada sebarang kemungkinan. Tidak kiralah sewaktu kamu susah mahupun senang, asalkan dia tetap bersama kamu. Inilah sahabat terbaik buat kamu. Dialah pelengkap hidupmu sementara.

Kedua
Untuk mencari sahabat terbaik, carilah sahabat yang boleh menerima bantuan dan pertolonganmu dengan senang hati. Walaupun wujud perselisihan antara kalian namun dia tetap meneruskan persahabatan dan menutupi segala keburukanmu daripada pandangan mata orang lain.

Ketiga
Pilihlah sahabat yang boleh menghulurkan bantuan ketika kamu memerlukannya malah sanggup berhadapan dengan pelbagai kemungkinan bersama kamu, Sekiranya kamu sakit atau lapar,dia turut jua merasainya. Alangkah hebatnya teman seperti ini.

Keempat
Ketika kamu berdiam diri, dia tdak sesekali membiarkan kamu keseorangan diri malah dia akan menghiburkan dirimu dan mengembalikan senyuman itu di wajahmu. Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh meringankan beban yang terpaksa dilalui oleh teman baiknya.

Kelima
Carilah sahabat yang mempunyai akhlak dan keperibadian mulia. Sahabat seperti ini tdak sesekali mengajak kamu untuk melakukan keburukan sebaliknya membimbing kamu ke arah kebaikan. Perubahan yang berlaku pada diri kamu sendiri berpunca daripada nasihat dan teguran sehabat sejati ini.


inilah cara nak pilih seorang sahabat yang terbaik buat korang...semoga entry ni serba sedikit dapat membantu korang cari sahabat yang terbaik.


Tuesday, 25 December 2012

KEKASIH

Wahai bulan suluhkan aku,
Yang kegelapan dalam pelayaran,
Mencari kasih yang telah berpergian,
Wahai bintang ukirkan wajah kekasihku di langit sana,
Agar aku tahu yang dia ada di situ,
Menanti aku yang sedang merindu.


Wahai matahari terangi jalanku di siang hari,
Kerna aku belum ke temu jua kekasihku,
Oh kekasih di mana kau berselindung
Adakah di sebalik bulan yang kelam.??
Matahari yang gerhana atau bintang yang sunyi.


Di lindungi awan yang mendung,
Puas aku berlari ke hujung sana,
Rebah di dahan berduri,
Terluka aku sendiri,
oh kasih, kekasih
kau hilang bersama kabus,
Terbang bersama angin,
Cuba ku gapai,
Namun bayanganmu menembusi tembok itu.


Aku rebah kepenatan,
Dalam sendu,
Aku merayu kau kembali,
Memimpin aku yang kelemasan,
Mencari kekasih dambaan hati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...