Friday, 17 August 2012

Raya Nak Mai Daaaa....

~ ASSALAMUALAIKUM ~

selamat pagi jumaat .. yeah .. 
happy + sakit badan = bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi...
alhamdulillah aku bersyukur ..
eh dah masuk 28 ramadan kan ... 
Ramadan Oh Ramadan ... cepatnya la masa berlalu ea ...
tinggal satu hari je lagi ... lpas tu dah raya ...
ramadan sudah nak pergi .. dah nak berganti dengan syawal plak ...
esok last umat islam menyambut bulan ramadan ...
esok jugak lah birthday aku , hujung bulan ramadan , mengikut kelendar islam lah ... hehehe ...
macam tak percaya je ...
kalau ikut kelendar orang putih , awal bulan 4 ...

ok2 skunk Raya Oh Raya la plak ..
eh dah dekat raya ... lagi 2 hari je nak raya ...
Mesti ramai yang tak sabar-sabar tunggu hari RAYA kan ..
berpusu-pusu nak balik kampung .. (orang jauh)
pergi membeli belah ... beli keperluan utk raya ...
abis penuh kereta kat atas jalan lebuhraya ... hahahaa ... hampeh tuii ... bikin sesak je ...

sapa la yang tak gembira nak beraya kan ... haha
aku pon gembira ... tipu la kalau aku kata tak gembira ... hehehe ...
nak bakar lemang , masak rendang n ketupat ...
lagi-lagi nak balik kampung ... horeyyy ..!!! hehehe ....

 

 apa-apa pon aku WANZA wakil kepada family aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN ...
harap korang dapat maafkan kesilapan aku terhadap korang selama korang kenal aku ...
jemput-jemput la ea dtg rumah ...

sekian 
~ wanza ~

Thursday, 16 August 2012

berbuka puasa + qiamullai = di ofis

Assalamualaikum...

alhamdulillah ... program berjalan lancar ...
khatam Quran , berbuka puasa , terawih n qiamullai...
seronok sungguh bila dpat bekerja di syarikat islam ni ... mcm2 aktiviti dijalankan berunsurkan islamic ... skurang-kurangnya dapat jugak la menimba serba sedikit ilmu ... korang tak teringin ke nak join ... hah jom la aku playback story untuk korang ... saje nak kongsi2 pengalaman ...

(playback story)

~ 15/8/2012 bersamaan 26 ramadhan 1433H ~
sebelum asar , khatam Quran selesai dijalan dgn lancarnya di surau GALERI ILMU ...

 
 semoga GISB terus utuh dan berkembang pesat dalam dunia penerbitan. Amin.

-------------------------------------------

sementara menunggu waktu berbuka puasa
 
 
  mjlis bcaan ratib al haddad. lead by us syshrul editor agama

-------------------------------------

majlis berbuka puasa

 
 

 juadah berbuka puasa yg ringgan2 sepeti tamar dan kuih muih dhulu supaya mudah untuk solat maghrib .. selepas solat , brulah makan yg berat2 seperti nasi bersama lauk2 ... wah meriah sungguhkan  ...

-------------------------------------------
tarawih seperti biasa

-------------------------------------------
Qiamullai

 
lead by imam muda fazrin a.k.a pa`in
--------------------------------------------

selesai sudah majlis ...

sekian
~ wanza ~





Tuesday, 7 August 2012

MASALAH BERDENGKUR

gmbar hiasan

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.


Sebab-sebab Berdengkur

Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.

Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.

Tisu tekak yang besar dan tebal.

Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Termasuk juga orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.

Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Saluran pernafasan tersekat.

Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Komplikasi

Wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk pembedahan untuk mengatasi masalah ini. Selain mengganggu keharmonian di bilik tidur, ia boleh menjurus kepada pergaduhan hingga berlakunya perceraian terutamanya apabila si suami tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini.

Sebaliknya, berlainan bagi wanita yang semula jadinya bersifat pemaaf kerana mereka lebih bertolak ansur terhadap suami yang berdengkur.

Biasanya masyarakat selalu memandang ringan kepada berdengkur. Walaupun berdengkur ini dilihat tidak serius tetapi sekiranya ia tidak diubati akan mengakibatkan penyakit lain seperti sleep apnea yang menyebabkan kegagalan jantung dan angin ahmar.



 Dengkur boleh dikelaskan kepada tiga peringkat :

Peringkat pertama – berdengkur yang ringan dengan 4 atau 5 kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
Peringkat kedua – berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
Peringkat ketiga – berdengkur yang SERIUS diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil ‘sleep apnea’
‘Sleep apnea’ boleh MEMBAHAYAKAN DIRI dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Diagnosis

Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?

Pendengkur yang TERUK ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea’.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher pendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas pendengkur tersebut.

Rawatan

Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil.

Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Pencegahan

Petua untuk mengurangkan dengkuran :

* Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan

* Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur

* Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur

* Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat

* Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari

* Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang

* Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Monday, 6 August 2012

9 Makanan Untuk Berhenti Merokok

Assalamualaikum...

alhamdulillah...
dah lebih 2 minggu kita umat islam berpuasa...
cepatnya masa berlalu...huhu...




Tengah jalan2 aku TERpandang 1 panduan berhenti merokok...
so....entry aku kali ni nak kongsi sikit pasal macam mana nak berhenti merokok...
utk pengetahuan, aku ni bukan perokok taw...
just nak bagi inform kat pembaca2 blog ni cara nak berhenti merokok...
khas utk perokok tegar la...
takkan la korang x syg diri sendiri kot...? lagi2 org yg TERhidu asap rokok korang kan...
asap rokok tu bahaya beb...
kalau korang tak syg diri sendiri takpe la.,
tapi ingat la orang yg berada disekeliling korang yg tak merokok...

AMEKAW.!
hahaha......
 ni la cara nak berhenti merokok...





SADERI , LOBAK & TIMUN


Selain zat yang ada dalam ketiga-tiga sayuran ini , ia juga bertindak sebagai penghalang untuk si perokok . Tekstur rangup dalam sayuran ini membantu mengurangkan keinginan anda untuk merokok . Selain itu , ia juga membuat rasa rokok menjadi kurang sedap..



SUSU




Tatkala anda berhenti merokok , bibir anda akan rasa hilang kenyalnya dan automatik bibir anda akan menjadi lebih gelap daripada biasa . Ada beberapa orang mengatakan dengan meminun segelas susu , ia mampu menghidupkan kembali kelazatan pada bahagian bibir anda . Jika anda menghisap rokok kemudian meminum susu , pasti rasanya kurang sedap . Jadi , jika anda berkeinginan menghisap rokok , ayuh minum segelas susu agar `nafsu` rokok anda akan terbantut .



BROKOLI
 



Brokoli merupakan sayuran yang bermanfaat bagi perokok dan juga baik untuk yang bukan perokok . Jenis sayuran ini mengandungi sulforaphane yang bertanggungjawab untuk melindungi paru-paru dari racun .



SERAT BUAH-BUAHAN




Merokok secara terus menerus dapat mengurangkan vitamin C dalam tubuh anda . Ini kerana , nikotin akan menyerap sekaligus menjadikan tubuh tidak sihat . Untuk itu , anda perlu perbanyakkan pengambilan buah-buahan seperti oren dan lemon .



EPAL

 
Rokok memberikan banyak racun dalam darah dan menyebabkan berbagai penyakit . Makan epal setiap hari dapat memerangi racun tersebut . Epal mengandungi banyak air yang bantu mengeluarkan racun dalam tubuh . Tekstur rangup epal juga dapat mengurangkan keinginan untuk merokok .



BAWANG PUTIH & HALIA



Kedua bahan ini membuatkan masakan anda bertambah lazat . Rasa panas dari bawang putih dan halia mampu membantu anda menyahkan racun-racun yang ada . Bawang putih dan halia dapat membantu dalam menjaga aliran darah dan tekanan ketika anda sedang berusaha untuk berhenti dari merokok .
 

MAKANAN HERBA



Tumbuh-tumbuhan seperti rosemary dapat mengurangkan kecenderungan untuk merokok . anda boleh mencubanya dalam  kehidupan anda .



MADU



Madu dapat melepaskan glukosa ke aliran darah . Madu juga memiliki anti oksidan yang membantu menghilangkan racun dalam tubuh .

 

KAYU MANIS


Jika rokok adalah rakan yang kurang sihat ,maka lain pula dengan kayu manis . Jika anda menghidu aroma kayu manis , ia juga seakan ketagih seperti rokok . Jadi hidunya selalu , kerana kayu manis mampu menenangkan saraf dan otak .

----------------------------------------------------

begitu larh cara-cara nak berhenti merokok....
harap entry ini dapat memberi panduan kepada pembaca dan perokok...
sayangilah diri anda...jauhi rokok yg membunuh...


sekian
~wanza~

Thursday, 2 August 2012

Kelebihan & Kekurangan Kopi

 

KOPI??? Siapa yea yang belum pernah merasakan kenikmatan dan kelazatan dari kopi ... Semua orang pasti tau minuman yang majoriti digunakan oleh para remaja mahupun orang tua ... bahkan para perempuan / wanita pun ada juga yang menjadi penagih kopi.Apakah anda salah satu daripada penagih kopi?
Di Idonesia, kebanyakan yang mengambil kopi adalah para penagih nikotin / merokok dengan alasan sebagai pelengkap. apa lagi jika di pagi hari sebagai teman sejati dari pisang goreng. Di dalam entry ini saya akan kemukakan mengenai kelebihan dan kekurangan dari meminum kopi ... harap entry ini dapat memberi serba sedikit pengetahuaan kepada anada mengenai kopi..


Berikut ini adalah beberapa manfaat dari kopi iaitu:

1-
Boleh membuat kita merasa lebih segar ketika bangun tidur dan membuat secangkir kopi.

2- Kopi dapat menghilangkan rasa ngantuk saat kita ingin bergadang di malam hari sambil nonton bola (bagi para pecinta bola). 
3- Kopi dapat membuat kita lebih fresh untuk melakukan pekerjaan di dalam kanttor. 
4- Dapat membantu anda untuk berfikir secara cepat (cuba untuk minum kopi 15/30 minit sebelum melakukan aktiviti). 
5- Dapat mengurangkan rasa sakit kepala (menurut penelitian di Chicago, USA)6-Ampas dari kopi berguna untuk tanaman anda dirumah.
 

Di atas merupakan kelebihan dari minum kopi.  
Sekarang saya akan membincangkan kekurangan dari kopi. iaitu:
 

1- Kopi dapat menggangu pertumbuhan / kesuburan bagi para wanita yang memkonsumsi kopi lebih dari 2 cawan sehari. 
2- Kopi juga boleh membuat para lelaki mandul kerana zat yang terkandung di kopi. 
3- Kopi boleh menyebabkan gangguan pencernaan kerana terlalu banyak mengambil. 
4- Kafein juga boleh menimbulkan perangsaan terhadap susunan saraf (otak). 
5- Kopi juga boleh memnyebabkan seseorang terkena penyakit jantung dan penyakit lambung.

Huuh ... seram juga kesan dari kopi tersebut. Sebagai cadangan saya kepada para penagih kopi adalah agar tidak terlalu banyak untuk minum kopi dalam sehari, cukup 2 atau 3 cawan saja kopi yang kita boleh minum dalam sehari.


Dalam kehidupan ini ada kelebihan dan kekurangan yang selalu beriringan. Seperti yang saya tuliskan di atas. Maka dari itu, kita sebagai makhluk yang diciptakan yang paling sempurna diantara makhluk lain ciptaan ALLAH SWT. harus pandai menjaga kesihatan yang diberikannya dan memohon rahmat dan redha-NYA.
Semoga entry ini sangat berguna.


sekian 
~wanza~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...