Sunday, 7 October 2012

tanda lelaki merajuk

ok...kali ni tips untuk kaum wanita bagaimana nak tahu camne orang laki merajuk...aku pon pernah buat juga...haha..saja nak test power...Orang lelaki ni kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri~

Diam Seribu Bahasa 
Dia diam je sepanjang ada dengan korang. Walaupun korang bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan korang.

Buat Tak Tahu 
Dia akan buat tak tahu dengan korang. Jika korang minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat korang geram tapi buat seolah-olah korang kaum hawa ni tak wujud. 

Menolak Untuk Makan Bersama 
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa korang atau face to face dengan korang pon. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut tengah lapar…) 

Masam Muka 
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia) 

Baca Surat Khabar 
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam 
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. 

Keluar Rumah Tanpa Beritahu 
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Korang jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan korang kerana confirm dia akan buat dek je! 

Matikan Telefon Bimbit 
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan korang mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara korang takut perasan marahnya lagi kuat… 

Hisap rokok 
Macam tak pernah dapat rokok setahun…(hah yang ni untuk kaki perokok taw)

so...korang mesti alert taw setiap yg berlaku kapada si lelaki...sekian...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...