Setiap
orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang
tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana
baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya
tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam
perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik,
terlalu rendah malah cacat.
Biar
bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang
Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah.
Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal
itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah,
anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang
tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak,
tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang
kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda
terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang
cantik fobia menjadi buruk.
Setiap
kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.
Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari
tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang
seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah
api.
Samalah
halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan
kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan
balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah
filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.
Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita
sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami
untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan
wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah
wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan
itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap
semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali
juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang
ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang
cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai
diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!
2 comments:
salam perkenalan.baru follow sini..terima kasih atas peringatan ini. =)
jemput singgah blog sy yer nnt
http://myaleo.blogspot.com/
terima kasih...moga kita dpt share2 bende baik...insyallah...
Post a Comment