Keyakinan
diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai
seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau
berkomunikasi.
Kadangkala
bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan
mereka kurang.
Jerawat
berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan
(genetik), tekanan dan makanan.
Berikut
adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak
jerawat :
1.
Ambil wudu' sebelum tidur.
2.
Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3.
Elakkan diri daripada tekanan.
4.
Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan
daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi
bengkak, merah dan berparut (radang).
6.
Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7.
Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8.
Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai
bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh
muka.
9.
Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi
kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih
banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan
makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12.
Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan
ghairah nafsu.
13.
Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.
sekadar perkongsian tips sahaja...sekian......
No comments:
Post a Comment